Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam: Merungsingkan jika gambarkan Benjamin Lim stres dek perbualan dengan ibunya

May 18, 2016 | 02:40 PM



MENCADANGKAN ada hubung kait antara ibu Benjamin Lim bercakap kuat kepada anaknya melalui telefon dan "tekanan besar" yang anaknya kelihatan sedang alami "akan sangat merungsingkan" Cik Lim, kata peguam keluarga itu.



Peguam Choo Zheng Xi bercakap bagi pihak keluarga pelajar berusia 14 tahun itu pada Rabu (18 Mei), hari kedua siasatan koroner ke atas kematiannya.



Pelajar menengah tiga itu ditemui mati di kaki blok HDB tempat dia tingal di Yishun pada 26 Jan, selepas disoal siasat oleh polis mengenai dakwaan kes mencabul kehormatan.



Memberi keterangan lagi pada Rabu, kaunselor Sekolah Menengah North View, Cik Karry Lung, menjelaskan beberapa pemerhatian beliau mengenai Benyamin pada hari kejadian.



Kaunselor itu juga bercakap mengenai perbualan telefon antara beliau dengan keluarga Benjamin sepanjang hari itu.



Cik Lung berkata dalam satu kenyataan bersyarat berkata selepas Inspektor Poh Wee Teck bercakap dengan Cik Lim melelui telefon Benjamin di pejabat pengetua sekolah, beliau memulangkan telefon itu kepadanya.



Ketika itulah, kata Cik Lung, beliau mendengar Cik Lim bercakap dengan kuat kepada Benjamin dan beliau memerhatikan Benjamin mula masam, dan jawapannya semakin perlahan dan singkat.



Encik Choo berkata: "Saya ingin menjelaskan bahawa awak tidak mencadangkan di sini bahawa ada hubung kait antara ibu Benyamin bercakap dengan kuat dan tekanan besar yang awak perhatikan."



Ini kerana perkara itu "akan sangat merungsingkan si ibu", katanya.



Inspektor Poh pula dalam keterangannya berkata Cik Lung kemudian campur tangan untuk menghentikan perbualan itu.



Beliau, yang menemuramah Benjamin pada 26 Jan di sekolah, di depan kakitangan sekolah, berkata perbualan telefon terakhir berlangsung sekitar lima hingga tujuh saat, "tetapi bunyinya, pada saya, sangat kuat".



Benjamin mengekot, ujarnya. "Kami berasa dia takut, dia tertekan."



Versi berbeza antara kakitangan sekolah dan ahli keluarga Benyamin mengenai dia tidak jadi menyertai perkhemahan sekolah juga menjadi perhatian lagi.



Cik Lung berkata apabila dia menelefon Cik Lim pada 4.13 petang itu, dia bertanya apakah anaknya okay, dan memberitahu Cik Lim cadangan sekolah agar Benjamin tidak menghadiri perkhemahan itu esoknya.



"Saya bertanya kepadanya apaka okay cara itu, dan dia berkata okay," kata Cik Lung.



Namun, Encik Choo berkata Cik Lim mempunyai versi berbeza mengenai perbualan telefon itu.



Semasa siasatan pada Selasa, Cik Lim berkata Cik Lung setakat memaklumkan kepadanya mengenai keputusan sekolah tidak membenarkan Benjamin menyertai perkhemahan tersebut, dan mahu dia duduk di rumah membuat e-pembelajaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >