Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam pencabul diselar hakim 'berkelakuan tidak senonoh' semasa bicara

Aug 05, 2016 | 09:45 AM



SEORANG hakim daerah menyelar seorang peguam yang memberi tumpuan pada saiz buah dada seorang mangsa pencabulan, malah meminta beliau berdiri semasa di kandang saksi dan merenung beliau secara tidak sesuai.



Hakim Daerah Shawn Ho berkata kelakuan Encik Edmund Wong Sin Yee benar-benar tidak boleh diterima, layak menerima kutukan dan tidak memenuhi apa yang dijangka daripada peguam.



Encik Wong, yang berusia lewat 50-an tahun dan menjalankan firmanya sendiri, S. Y. Wong Law Chambers, membela tertuduh Xu Jiadong, seorang pelajar berusia 24 tahun dari China.



Xu didapati bersalah menggesel menggunakan lengannya buah dada seorang wanita berusia 22 tahun di stesen MRT Toa Payoh pada 9 Julai dua tahun lalu.



Dia dihukum penjara lima bulan.



"Hak kita menaiki pengangkutan awam tanpa gangguan tidak boleh dipertikai," kata Encik Ho dalam alasan setebal 44 halaman bagi keputusannya yang dikeluarkan pada Khamis (4 Ogos).



Enam halaman ialah mengenai kelakuan Encik Wong, dengan hakim itu menonjolkan cara beliau menyoal balas mangsa dan menyifatkannya sebagai tidak senonoh, melampau dan tidak dibenarkan di mahkamah di bawah Akta Keterangan.



Semasa perbicaraan, Encik Wong meminta mangsa berdiri. Apabila hakim bertanya apa yang beliau cuba tunjukkan, Encik Wong berkata: "Yang Arif, saya mahu melihat... berapa menarik (beliau) apabila (beliau) berdiri..."



Ini mendorong mangsa bertanya apakah ia perlu, dan beliau mendapati ia menyakitkan hatinya.



Tidak lama selepas itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kong Kuek Foo bertanya Encik Wong apakah beliau ingin berhujah bahawa hanya wanita menarik akan dicabul di dalam kereta api.



Encik Wong menjawab: "Jika anda mendapatkan seorang wanita tua, anda fikir orang mahu mencabulinya?



"... Saya mahu menunjukkan bahawa jika beliau memakai pakaian yang luas lehernya dengan dada sangat menggiurkan terkeluar... maka sudah tentu... orang mungkin lebih terdorong melakukan kesalahan ini."



Hakim Ho memberi sebab-sebab kelakuan Encik Wong sangat dikesali.



"Pertama, cara peguam bela merenung secara tidak sesuai dada mangsa... adalah peringatan suram jelas mengenai apa (Xu) paksa mangsa lalui di dalam kereta api MRT.



"Ia membuat mangsa mengenang kembali pengalaman jeleknya. Kesedihan ditimbulkan, dengan mangsa cuba menahan air matanya di mahkamah.



"Prosiding dihentikan serta-merta... Tetapi kesakitan telah dilakukan... Semasa sesi petang, mangsa jelas kelihatan terjejas."



Hakim Ho berkata Encik Wong juga tidak mengendahkan kesusahan mangsa dengan soalan beliau, dan menambah bahawa penghinaan mangsa jenayah seksual di mahkamah boleh membuat mangsa masa depan tawar hati untuk membuat laporan.



"Akhir sekali, ahli Badan Peguam perlu mematuhi taraf kelakuan tinggi profesional dan rasa bertanggungjawab yang sesuai dalam pengendalian kes; jika ini tidak dilakukan, seluruh profesion itu akan menderita pada penilaian awam.



"Secara ringkasnya, kelakuan peguam bela benar-benar tidak boleh diterima dan patut mendapat kutukan."



Encik Wong mempunyai rekod kesalahan.



Pada Ogos 1992, beliau menumbuk seorang jururawat di Pusat Mata Nasional Singapura dan mencabul kehormatan seorang wanita yang bekerja di klinik itu.



Beberapa bulan selepas menjadi ahli Badan Peguam, beliau memukul seorang pemandu di mulut dengan telefon bimbitnya. Beliau dipenjara setahun bagi kesalahan itu.



Pada Julai 2003, Encik Wong digantung daripada berkhidmat sebagai peguam selama dua tahun atas sabitan kesalahan kemarahan jalan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >