Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam PM Lee: Roy Ngerng tidak jujur kepada mahkamah

Jul 03, 2015 | 04:04 PM



PENULIS blog Roy Ngerng tidak bersikap jujur kepada mahkamah, kata peguam kanan Davinder Singh yang mewakili Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada hari terakhir perbicaraan untuk menilai ganti rugi yang harus dibayarnya kepada Encik Lee bagi kesalahan memfitnah beliau.


Encik Singh memberi contoh bagaimana Encik Ngerng menghantar e-mel tentang penarikan semula pos blognya kepada alamat e-mel 82 wartawan dan bukan 52 seperti yang didakwanya.


Encik Singh turut berkata walaupun Encik Ngerng berniat menerbitkan maklumat berdasarkan fakta, beliau tidak menerbitkan tolakan Encik Lee kepada tawarannya untuk menyelesaikan hal itu di luar mahkamah bagi $5,000.


Bagaimanapun, Encik Ngerng berkata respons Encik Lee yang menyifatkan tawaran itu sebagai tidak masuk akal telah dilaporkan media.


Dalam pada itu, Encik Ngerng turut menangis semasa memberi keterangan di mahkamah.


Beliau berkata, beliau percaya mulutnya terus dikunci dari segi apa yang beliau dibenarkan menulis di blognya tentang sistem CPF.


"Kita semua tahu saya ditindas. Saya tak benci Perdana Menteri tetapi kita harus mempertahankan rakyat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >