SEORANG peguam, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, menyarankan supaya usaha dipertingkatkan untuk mendekati syarikat teknologi dan meneroka teknologi baru seperti blockchain demi menangani kepalsuan online.
Semasa memberikan bukti lisan dalam sidang Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian yang Disengajakan semalam, Encik Zhulkarnain juga menyokong langkah memperluaskan undang-undang dan meningkatkan pendidikan celik online di kalangan masyarakat demi menangani masalah kepalsuan dalam talian itu.