Peguam, Subhas Anandan, meninggal dunia

PAGUAM tersohor setempat, Encik Subhas Anandan, 67 tahun, telah meninggal dunia pagi Rabu di Hospital Besar Singapura (SGH).

Peguam kanan, dan rakan karib mendiang Subhas, Encik Amolat Singh, mengesahkan berita tersebut.

"Semua orang dalam keadaan tidak percaya. Berita yang amat mengejutkan, secara tiba-tiba, kerana mendiang masih aktif.

"Tidak terlintas pun di fikiran yang beliau akan meninggalkan kita begitu cepat," katanya.

Mendiang Subhas, yang mengukir nama dalam bidang undang-undang kerana membela ramai penjenayah 'terkenal' setempat, telah menderita sakit sejak beberapa tahun lalu. Beliau mengalami tiga serangan jantung sejak 1978 dan turut menghidap barah, yang merosakkan ginjalnya.

 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.