APABILA peguam Haji Latiff Ibrahim, 57 tahun, pertama kali menyumbangkan khidmat sukarelawan di Rumah Kebajikan Muhammadiyah, beliau memberi nasihat mengenai isu undang-undang, masalah korporat dan pemerintah.
Namun, beliau juga gembira meluangkan masa bermain bola sepak dengan penghuni rumah kebajikan itu, yang juga terdiri daripada kanak-kanak berusia sekecil 10 tahun, hampir setiap minggu sejak lapan tahun lalu.