Anggota Parlimen (AP), Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) dan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) akan membantu AP GRC Marine Parade untuk menjaga keperluan penduduk Kembangan-Chai Chee menyusuli peletakan jawatan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.
AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, juga telah meletakkan jawatan disebabkan hubungan sulit yang dijalinkannya bersama Encik Tan, dalam kejadian terkini yang ‘menggegarkan’ Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah.
Dalam catatan Facebook pada Isnin, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata beliau dan AP GRC Marine Parade yang lain – Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dan AP Encik Seah Kian Peng dan Encik Mohd Fahmi Aliman – akan mendapatkan bantuan Encik Lim dan Cik Tin untuk menyokong penduduk di Kembangan-Chai Chee (KCC).
“Keutamaan segera sekarang adalah untuk memastikan penduduk KCC dijaga dan kepentingan mereka dipenuhi dengan baik,” kata Encik Tong.
Beliau dan Dr Tan merupakan menteri utama yang memimpin GRC Marine Parade.
“Kami semua akan turut serta menyokong KCC sepenuhnya, dan saya memberi jaminan kepada penduduk kami akan melakukan yang terbaik untuk menjaga mereka,” tambahnya.
Encik Tan telah menjadi AP KCC sepanjang 12 tahun lalu.
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan
Meneroka fesyen untuk tampil menarik setiap hari pasti menjadi impian semua orang.
Namun, kadangkala kita menghadapi cabaran mendapatkan penampilan yang diinginkan kerana pakaian yang dipilih tidak
Hampir segala keperluan hidup harian, boleh didapatkan di Singapura tetapi untuk memilikinya kadangkala mencabar bagi dompet, dengan harga barangan yang sentiasa meningkat.
Justeru, ramai yang
Ramai anak Melayu, lelaki atau perempuan, melangkah ke bidang seni solekan dan kecantikan, justeru kita menyaksikan ramai yang menjadikan pekerjaan sebagai juru andam dan make-up artist atau
Masih ada harapan yang sangat cerah untuk menjulang teater Melayu sebagai wadah hiburan, pendidikan dan renungan bersama mengenai isu semasa membabitkan masyarakat dari zaman-berzaman.
Malahan, cerita
Seawal usia 18 tahun, Rayyan Afiq Mohamed Azlin menubuhkan agensi pemasaran dengan dua rakan pempengaruh apabila memerhatikan adanya kelompangan dalam segmen pemasaran bagi Generasi Z.
Sebagai
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘periodt’ dan ‘side eye’.
Perkataan
Trend mekap Asoka – filem Bollywood pada 2001 yang menampilkan pelakon Kareena Kapoor – mengajak pengguna media sosial menari mengikut irama salah satu lagu filem itu, San Sanana,
Trend itu juga

Para AP akan menangani semua rayuan dan kes Sesi Bertemu Rakyat (MPS), dan meneruskan pelbagai program masyarakat yang ditetapkan, bersama Encik Tong yang mengambil alih sebagai penasihat kepada pertubuhan akar umbi KCC.
“(Saya akan) menyokong kerja baik yang mereka telah lakukan dan memperkukuh pendekatan dan pelbagai program sosial untuk memberi manfaat kepada penduduk KCC,” kata Encik Tong.
Dr Tan akan memberi tumpuan terhadap keperluan perbandaran dan prasarana penduduk, dan bekerjasama rapat bersama Majlis Bandaran Marine Parade.
Di Tampines East, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau akan menjaga penduduk Cik Cheng bersama bantuan AP GRC Tampines yang lain.
AP lain ialah Dr Koh Poh Koon, Encik Baey Yam Keng and Encik Desmond Choo.
Encik Masagos berkata Encik Choo akan dilantik pengerusi majlis bandaran, sementara Encik Baey akan menjadi naib pengerusi.