PENDUDUK kawasan Boon Lay kini boleh mendapatkan bantuan sosial dengan segera dan menyeluruh menerusi cawangan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) yang baru di sana.
SSO telah menyepadukan khidmatnya dengan badan-badan lain yang berdekatan seperti pusat khidmat keluarga (FSC). Ini membolehkan penduduk menerima bantuan secara lebih menyeluruh dan sepantas mungkin.