Pejabat khidmat sosial dibuka di Punggol

PARA penduduk bermasalah kini boleh mendapatkan bantuan sosial di pejabat khidmat sosial (SSO) yang baru dibuka di Punggol.

SSO@Punggol, pusat SSO ke-23, dibuka rasmi oleh Setiausaha Parlimen (Sosial dan Keluarga), Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Pemangku Menteri Pendidikan, Encik Ng Chee Meng di Kelab Masyarakat Punggol 21, 80 Punggol Field #04-01, pagi tadi.

Menurut Dr Faishal, yang telah memulakan jawatan barunya pagi tadi, pejabat SSO baru itu akan meningkatkan akses bantuan kepada penduduk di Punggol.

"Dengan pembukaan SSO ini, ia boleh memberikan suatu kesedaran kepada penduduk bahawa ada pusat sebegini berhampiran mereka dan mereka juga boleh tampil untuk meminta pertolongan jika memerlukannya," ujarnya.

Sejak beroperasi pada 7 September lalu, SSO@Punggol telah menguruskan 280 kes.

Pusat SSO ke-24 dijangka buka di Taman Jurong November ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.