Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Pos Alexandra tutup 17 Jun

May 19, 2023 | 05:30 AM



PEJABAT Pos Alexandra akan menutup pintunya pada 17 Jun selepas enam dekad menyediakan perkhidmatan pos bagi penduduk Bukit Merah.



Menurut kenyataan Singapore Post di Facebook pada Rabu, pelanggan boleh ke Pejabat Pos Bukit Merah Central atau Pejabat Pos Tiong Bahru yang berdekatan.



Selain Pejabat Pos Alexandra, terdapat beberapa lagi pejabat pos mandiri termasuk Pejabat Pos Siglap dan Pejabat Pos Simpang Bedok.



Pejabat pos Alexandra di 110 Alexandra Road itu seluas kira-kira 0.23 hektar tanah, atau kira-kira satu pertiga saiz padang bola sepak.



Tanah itu telah diambil alih pemerintah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membina kira-kira 1,500 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) seluas 3.7 hektar yang dibatas oleh Alexandra Road, Prince Charles Crescent dan Terusan Alexandra.



Dalam satu kenyataan bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA), pengambilalihan tapak pejabat pos itu akan membolehkan pembinaan lebih banyak unit kediaman, serta memudahkan perancangan dan reka bentuk yang lebih baik bagi projek perumahan awam pada masa akan datang.



Pejabat Pos Alexandra yang pada asalnya dikenali sebagai Pejabat Post Alexandra Road, dibuka rasmi oleh Menteri Perhubungan dan Kerja Raya pada 1957 iaitu Encik Francis Thomas



Semasa baru dibuka, pejabat pos tersebut merupakan pusat pengedaran pos kedua terbesar selepas Pejabat Pos Besar, yang kini dikenali sebagai Hotel Fullerton.



Selain pejabat pos, Pejabat Pos Alexandra juga menempatkan cawangan Tanglin Pat's Schoolhouse.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >