Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejalan kaki maut digilis bas di luar pusat tukaran bas Toa Payoh

Jul 07, 2016 | 10:12 AM



SEORANG pejalan kaki maut selepas sebuah bas SBS Transit menggilisnya di Toa Payoh Lorong 6 - di luar pusat pertukaran bas - pada pagi Khamis (7 Julai).



Mangsa lelaki berusia 60-an tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, kata jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Polis berkata pemandu bas berusia 36 tahun itu ditahan berhubung kemalangan tersebut.



Kamalangan sekitar 6.15 pagi itu melibatkan sebuah bas perkhidmatan nombor 235.



Sebagai respons kepada pertanyaan media, Naib Presiden Kanan SBS Transit bagi komunikasi korporat, Cik Tammy Tan, berkata syarikat itu sedang membantu polis dalam siasatan mereka.



"Kami amat sedih dan kesal perkara ini berlaku. Keutamaan semasa kami ialah berhubung dengan keluarga si mati dan memberi bantuan," katanya.



Meminta maaf kepada penumpang dan pengguna jalan raya bagi kelewatan dan kesulitan yang timbul, Cik Tan berkata kakitangan telah dikerah untuk membantu dengan lencongan trafik dan menunjukkan orang ramai ke pusat pertukaran bas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >