SEORANG lelaki berusia 24 tahun maut dalam satu kemalangan perusahaan di No 4 Tampines Industrial Street 62 Selasa lalu.
Sebagai menjawab pertanyaan, jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata kemalangan itu berlaku di sebuah tapak kerja syarikat Sunway Concrete Products (S) Pte Ltd yang menghasilkan produk konkrit pratuang seperti tiang dan lubang lif.