Pekerja Bangladesh dijel 17 tahun, sebat 24 kali kerana merogol di Kolam Air MacRitchie

PEKERJA binaan warga Bangladesh yang dituduh menculik dan merogol seorang wanita pada siang hari di Kolam Air MacRitchie pada 2015 telah dikenakan hukuman penjara 17 tahun dan didenda 24 kali hari ini.

Pramanik Liton, 24 tahun, didapati bersalah atas dua tuduhan merogol secara teruk (aggravated rape), satu tuduhan serangan seksual dan satu lagi tuduhan penculikan bagi persetubuhan haram.

Pada 8 Februari 2015, di antara 1.45 tengahari hingga 3.35 petang, Liton menculik warga Cina, 39 tahun, di taman itu dengan mengacukan pisau ke arahnya.

Dia kemudian merogolnya dan memaksanya melakukan seks oral terhadapnya.

Dia ditangkap di tapak kerjanya dua hari selepas kejadian setelah penjejak Gurkha mengenal pasti tapak kejadian itu dan menjumpai pisau dengan cap jarinya di hutan.

Air maninya juga dijumpai pada seluar dalam mangsa, tubuh dan kertas tisu yang dijumpai di tapak kejadian.

Bagi kes rogol yang teruk, Liton boleh dikenakan penjara antara lapan dengan 20 tahun dan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,315.080 +21.950