Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja binaan dipenjara kerana muat naik video seks dengan amah

Jan 13, 2017 | 02:54 PM



SEORANG pekerja binaan memuat naik video dia mengadakan hubungan seks dengan seorang pembantu rumah kepada rakan dan ahli keluarga beliau di Facebook kerana marah wanita itu memutuskan berpisah dengannya.



Pada Jumaat (13 Jan), warga Bangladesh Miah MD Shahin, 30 tahun, dipenjara 10 bulan kerana melakukan ugutan jenayah. Dia mengaku mengancam pembantu rumah dari Indonesia berusia 34 tahun itu melalui telefon pada 5 Dis lalu.



Mahkamah diberitahu bahawa mereka menjalin hubungan selama sembilan bulan sejak Februari lalu.



Mereka bertemu untuk melakukan seks di sebuah hotel, dan Miah secara rahsia merakam video kegiatan seks mereka menggunakan telefon bimbitnya.



Sekitar 5 Disember, wanita itu memutuskan menamatkan hubungan mereka dan memberitahu Miah melalui telefon. Mian enggan menerimanya, dan mengugut akan memuat naik video itu di Facebook, dengan niat menimbulkan kebimbangan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kong Kuek Foo berkata Miah sebelum ini membantu mangsa membuka akaun Facebook. Dia boleh mengakses dan menukar kata laluan akaun itu.



Pembantu rumah itu meminta kata laluan akaun Facebooknya, tetapi Miah enggan memberitahunya.



Apabila wanita itu enggan bertemunya pada 1 Jan, dia log masuk ke akaun Facebook beliau, dan mula menghantar video kepada rakan dan ahli keluarga beliau.



Wanita itu akhirnya mendapat tahu apa yang dilakukan Miah apabila ahli keluarganya menelefon dan berkata mereka menerima video seks beliau.



Menurut mangsa, sekurang-kurangnya 25 orang menerima video itu, menyebabkan ahli keluarganya sangat marah padanya.



Beliau membuat laporan polis pada 6 Jan dan Miah ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >