Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja kongsi kenangan bersama mendiang Lee

Mar 24, 2015 | 02:31 PM



PULUHAN warga yang bekerja di Pusat NTUC, Marina Boulevard dan kawasan sekeliling meluangkan sedikit masa makan tengah hari mereka untuk menulis ucapan takziah bagi keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong di atas pemergian bapanya, yang juga perdana menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew.


Mereka mencatit kenangan mereka bersama mendiang Lee dan meluahkan penghargaan di atas sumbangannya kepada negara di lima buku takziah yang disediakan di ruang memperingati mendiang Lee di aras satu Pusat NTUC.


Orang ramai boleh menulis ucapan takziah mereka mulai hari ini hingga Ahad dari 8 pagi hingga 8 malam.


Setiausaha Agung NTUC, Encik Lim Swee Say, yang turut hadir di situ tengah hari tadi membacakan surat takziah yang ditujukan kepada Encik Lee.


"Encik Lee meraih kepercayaan penuh kami dengan motto peribadinya bahawa pemerintah PAP tidak akan lupa bahawa adalah demi kepentingan pekerja dan kesatuan mereka kita mesti berusaha mencapai pertumbuhan dan pembangunan," kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >