Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pembersihan Bangladesh ditumbuk lelaki yang ganggu pekerja majlis bandaran di MacPherson

Mar 10, 2023 | 06:20 PM



SEORANG pekerja pembersihan warga Bangladesh telah ditumbuk di dada pada Khamis oleh seorang lelaki yang dulu pernah mengganggu dan memecahkan penyapu pekerja majlis bandaran, kata Anggota  Parlimen (AP) MacPherson, Cik Tin Pei Ling.


Dalam satu catatan di laman sosial Instagram lewat malam Khamis, Cik Tin berkata dalam video itu bahawa lelaki itu berkemungkinan mabuk apabila dia menyerang pekerja itu.


Cik Tin berkata: “Lelaki ini, mungkin mabuk, kemudian memutuskan untuk memburu salah seorang pekerja pembersihan lain dan menumbuknya di dada.”


Kejadian itu berlaku kira-kira  11 pagi Khamis di kolong Blok 87 Circuit Road, kata pengarah urusan NRT Trading and Engineering, Encik Sakthivelan Nararajah, kepada The Straits Times pada Jumaat (10 Mac).


Syarikat Encik Sakthivelan ialah kontraktor yang diambil  Majlis Bandaran Marine Parade.

Dalam klip video itu, kelihatan berdiri di sebelah Cik Tin ialah pekerja Bangladesh yang dikenali sebagai Encik Babul, 48 tahun.

Anak lelakinya Ahammed Siyam, 20 tahun, merupakan mangsa yang ditumbuk lelaki itu.


Bapa dan anak bekerja bersama-sama sebagai pembersih buat majlis bandaran, kata Cik Tin.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >