Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pembersihan dikenakan hukuman jel pencegahan 7 tahun kerana palsukan tiket 4D dan tipu

Dec 14, 2015 | 03:20 PM



SEORANG lelaki yang memalsukan tiket 4D untuk menipu dan juga menipu dua telefon bimbit seorang kenalannya dikenakan tahanan pencegahan tujuh tahun pada Isnin (14 Dis).


Pekerja pembersihan Mohammed Yaacop Ali, 62 tahun, mengaku memalsukan tiket 4D bernombor 4973 pada 13 Julai lalu dan meminda tarikh cabutannya dari 18 Julai kepada 11 Julai untuk menipu Encik Lim Phang Eng.


Dia menipu Encik Lim pada 14 Julai kononnya tiket itu menang $10,000 bagi cabutan pada 11 Julai, dan mendorong beliau membeli tiket itu daripadanya sebanyak $7,000.


Yaacop juga mengaku bersalah menipu Encik Muhammad Shahid Sazali kononnya dia bekerja di kedai telefon bimbit M1 di Tampines Mall dan akan membantu beliau mendapatkan dua telefon bimbit Samsung pada "harga istimewa" sebagai sebahagian daripada perjanjian tukar beli.


Mahkamah diberitahu bahawa Yaacop membeli tiket 4D nombor 9473 pada 10 Julai. Esoknya, nombor yang menang hadiah pertama ialah 4973.


Pada 13 Julai, dia membeli tiket 4D dengan nombor 4973 bagi cabutan 18 Julai, tetapi menukar tarikh cabutannya kepada 11 Julai.


Apabila dia ditugaskan bekerja di gudang DHL pada 14 Julai, dia memberitahu Encik Lim, seorang pengawal keselamatan di situ, dia memenangi hadiah pertama $10,000 untuk cabutan pada 11 Julai.


Yaacop menjual tiket itu kepada Encik Lim sebanyak $7,000 selepas mendakwa dia tidak tahu pergi ke ke ibu pejabat Singapore Pools untuk mendapatkan wang kemenangan itu dan juga dia memerlukan wang segera untuk Hari Raya.


Dalam kes penipuan itu, Yaacop membohongi Encik Shahid dan ayahnya semasa dia dirawat di Hospital Universiti Nasional (NUH) pada Ogos lalu.


Encik Shahid dan ayahnya, yang juga sedang dirawat di hospital itu, bersetuju menukar beli telefon bimbit Encik Shahid dan kakaknya bagi dua telefon Samsung.


Selepas mendapat dua telefon bimbit berharga $200 itu dan wang tunai $200 daripada Encik Shahid, mereka pergi ke kedai M1 di Tampines Mall pada 20 Ogos.


Yaacop menyuruh Encik Shahid menunggunya di sebuah restoran McDonald's di situ, namun dia kemudian menghilangkan diri.


Bapa tiga anak itu mempunyai beberapa rekod jenayah sejak 1981. Dia baru dibebaskan dari penjara sebelum melakukan kesalahan terbaru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >