Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pembersihan meninggal dunia di atas bumbung asrama NTU

Jan 24, 2014 | 07:21 PM



SEORANG pekerja pembersihan rebah sebelum meninggal dunia di atas sebuah bumbung asrama Universiti Teknologi Nanyang (NTU) petang tadi.


Encik Ibrahim Moidu, yang bekerja untuk syarikat pensteril tangki air YPI Clrwater selama sekitar enam tahun, sedang melakukan persiapan untuk membersihkan tangki air di bumbung asrama itu bila beliau mengadu terasa penat, kata penyelianya, Encik Eksan Othman.


"Beliau duduk tetapi terjatuh dan hidung dan mulutnya berdarah," kata Encik Othman.


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, mereka menerima panggilan sekitar tengah hari dan paramedik yang mengendalikan kes tersebut mengesahkan kematian Encik Moidu di tempat kejadian.


Allahyarham dikatakan sihat dan berulang-alik dari rumahnya di Johor Bahru ke Singapura untuk bekerja setiap hari.


Seorang kakaknya, Cik Lelah berkata Allahyarham mengalami sakit dada dan telah menemui seorang doktor minggu lalu.


Beliau berkata, keluarganya mempunyai sejarah masalah jantung.


Isteri Allahyarham dan tiga anaknya tinggal di Indonesia dan beliau dikatakan merancang untuk melawat mereka di Sukabumi bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >