Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja penghantaran makanan Foodpanda dibawa ke hospital selepas berlanggar dengan kereta di Balestier

Mar 03, 2018 | 05:02 PM



SEORANG pekerja penghantaran makanan Foodpanda yang berusia 27 tahun dibawa ke hospital selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Balestier baru-baru ini.



Menurut akhbar The Straits Times, polis berkata kejadian itu berlaku di Balestier Road menghala ke Thomson Road pada 2.30 petang kelmarin (1 Mac).



Pekerja penghantaran makanan yang menaiki sebuah motosikal itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar.



Beliau difahamkan mengalami kecederaan di kaki.



Kakak pekerja penghantaran makanan itu, yang dikenali sebagai Cik Julie, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa adiknya telah memeriksa sebelum menukar ke lorong lain tetapi sebuah kereta tiba-tiba muncul dan berlanggar dengan motosikalnya.



Selepas itu, beliau berkata adiknya tercampak ke jalan raya dan tulang pahanya patah.



Tambahnya, adiknya telah menjalani pembedahan.



“Kami harap saksi kemalangan itu atau sesiapa yang mempunyai rakaman video kemalangan itu dapat tampil ke hadapan supaya kami tahu apa yang berlaku,” katanya.



Siasatan polis masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >