Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pekerja rumah jagaan didenda curi wang guna kad ATM warga emas

ATM
Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang bekerja di sebuah rumah jagaan warga emas mencuri kad ATM milik seorang penghuni yang dijaganya dan kemudian mengeluarkan wang tunai berjumlah $1,000.



Dia juga menggunakan kad itu untuk membeli makanan dan barang keperluan tandas di sebuah pasar raya, lapor The Straits Times.



Semalam, Latha Narayanan, 59 tahun, didenda $4,000 selepas dia mengaku bersalah mencuri dan menipu.



Dua lagi tuduhan serupa diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 2019, Latha, yang bertugas sebagai penolong kesihatan di rumah jagaan Woodlands Care Home, ditugaskan menjaga mangsa tersebut, seorang lelaki berusia 65 tahun.



Lelaki itu meninggal dunia pada Januari 2021, menurut dokumen mahkamah.



Mahkamah diberitahu bahawa pada suatu ketika pada 2019, lelaki itu terlupa nombor pengenalan diri (PIN) beliau dan Latha menemaninya ke bank untuk mendapatkan kod baru selepas rawatannya di hospital.



Lelaki itu menerima PIN baru semasa Latha berada bersamanya dan meletakkan kad ATM itu di dalam kocek sarung telefon bimbitnya.



Beliau kemudian menyerahkan telefon tersebut kepada Latha untuk dijaga olehnya.



Pada 21 November 2019, Latha menggunakan kad yang telah diserah kepadanya untuk dijaga untuk mengeluarkan tunai berjumlah $1,000.



Itu adalah satu perbuatan mencuri, kata pihak pendakwa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >