Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja SMRT dipuji selamatkan bayi yang salur udaranya tersekat

Mar 15, 2017 | 02:49 PM



TIGA pekerja pengangkutan yang bertindak pantas menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak kecil di stesen MRT Somerset bulan lalu, kata SMRT.



"Terima kasih kepada semangat kemasyarakatan dan keberanian #SMRTHeroes dan orang awam kita, nyawa seorang kanak-kanak diselamatkan!" kata SMRT dalam satu pos Facebook pada Selasa (14 Mac).



Semasa bertugas di stesen Somerset pada 14 Feb, pegawai keselamatan Punitha perasan seorang ibu menangis bersama anaknya pada kira-kira 4.40 petang.



Menyedari ada sesuatu tidak kena, beliau memaklumkan pengurus stesen, Encik William Koh, dan penolong pengurus stesen, Cik Kuldip Kaur.



Encik Koh nampak bibir kanak-kanak itu bertukar menjadi biru dan matanya tidak bergerak, kata pos SMRT itu.



"William dengan cepat mengambil anak itu dari ibunya sementara Cik Kuldip membuat pengumuman perkhidmatan awam bagi mendapatkan bantuan profesional," kata SMRT.



Encik Koh cuba membuka mulut kanak-kanak itu bagi memastikan salur udaranya tidak tersekat dan menepuk perlahan-lahan belakang kanak-kanak itu.



Seorang pegawai perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menawarkan bantuan kepada Encik Koh, dan menenangkan si ibu, yang tidak dinamakan.



"Tidak lama selepas itu kanak-kanak tersebut mula menunjukkan respons. Seorang jururawat juga bergegas menawarkan bantuan bagi memastikan salur udaranya tidak tersekat sepenuhnya," kata SMRT.



Mereka menasihatkan ibu itu supaya membawa anaknya, yang berusia satu tahun bulan ini (Mac), ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.



"Kami benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang datang membantu. Ketika itu, isteri saya tidak tahu siapa yang boleh didekatinya tetapi orang-orang ini datang membantu. Mereka sangat profesional dan kami benar-benar menghargainya," kata Encik Kelvin Wong, bapa bayi lelaki itu.



Encik Koh berkongsi bahawa beliau berasa gementar dan takut, kerana itu kali pertama mereka mengendalikan keadaan seperti itu.



Cik Kuldip berkata: "Perkara paling penting dalam fikiran kami ialah menyelamatkan kanak-kanak itu. Kami menangis kelegaan dan kegembiraan apabila kanak-kanak itu respon."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >