Pelabuhan Singapura disorot dalam dokumentari khas sempena SG50

SEMPENA dengan sambutan jubli emas Singapura (SG50), sebuah dokumentari mengenai kemajuan Pelabuhan Singapura dan industri maritim di sini akan ditayangkan di kaca televisyen pada 30 Jun ini.

Dokumentari tersebut hasil terbitan saluran National Geographic Channels (NGC) dengan kerjasama Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Persatuan Perkapalan Singapura (SSA).

Bertajuk "Inside Maritime Singapore", ia akan ditayangkan secara serentak di Singapura, Hong Kong dan negara-negara Asia Tenggara sekitar 7 malam, kata kenyataan bersama NGC, MPA dan SSA hari ini, Jumaat.

"Inside Maritime Singapore" mengajak penonton menjenguk perjalanan Pelabuhan Singapura, yang dihubungkan dengan lebih 600 pelabuhan di lebih 120 negara.

Ia membawa penonton melihat tentang perkembangannya daripada sebuah pelabuhan kecil zaman kolonial hingga menjadi sebuah pelabuhan yang kini merupakan antara paling sibuk di dunia.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.