Pelaburan $35 juta untuk tarik pelancong ke S'pura

CHANGI Airport Group (CAG) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) akan melabur $35 juta untuk meningkatkan bilangan pelancong ke kededua Singapura dan Lapangan Terbang Changi.

CAG dan STB berkata, pelaburan tersebut bertujuan untuk mengekalkan pertumbuhan ketibaan pengunjung sekitar 3-4 peratus setahun bagi sedekad mendatang.

Kerjasama dua tahun itu bakal menyaksikan kededua pihak melancarkan kempen-kempen pemasaran bersama di peringkat global dan di pasaran-pasaran utama seperti Australia, Indonesia, China dan India.

Antara inisiatif itu termasuk menayangkan program memasak MasterChef Asia yang memaparkan warisan kulinari Singapura, yang akan disiarkan pada tempoh enam bulan terakhir tahun ini.

Satu lagi inisiatif ialah untuk mempamerkan jenama-jenama Singapura, pameran visual budaya setempat dan pameran berinspirasi Singapura di semua terminal.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.