Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 13 tahun maut terhempap palang gol

Apr 25, 2017 | 05:30 AM



SEORANG pelajar Sekolah Geylang Methodist (Menengah) meninggal dunia selepas ditimpa palang gol semasa kelas pendidikan jasmani (PE) di sekolahnya semalam.



Ketika dihubungi Berita Harian, bapa Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi, Encik Sumathi Abdul Hamid, 52 tahun, berkata pengetua sekolah anaknya menghubunginya sekitar 9.50 pagi semalam untuk memberitahu bahawa anaknya terlibat dalam satu kemalangan amat serius di sekolah di Geylang East Central itu sehingga tidak sedarkan diri.



Menurut Encik Sumathi, beliau diberitahu bahawa Allahyarham sedang bermain di padang bola sepak dan telah bergayut seketika di palang gol.



Namun apabila tangannya terlepas, dia terjatuh dan palang gol itu menimpanya.



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya mendapat panggilan meminta bantuan ambulans sekitar 9.35 pagi daripada GMS(S) dan mengerahkan ambulans ke tempat kejadian.



"Seorang budak lelaki yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH). Sepanjang perjalanan ke hospital, dia juga diberi bantuan pernafasan cemas (CPR)," katanya.



Jurucakap polis berkata Allahyarham, yang dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, disahkan meninggal dunia di KKH.



"Polis sedang menyiasat kematian luar biasa ini," ujarnya.



Allahyarham, pelajar menengah satu yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-13 Jun ini, ialah anak kedua daripada keluarga empat beradik dan adik penyanyi setempat, Sarah Aqilah, yang juga juara Anugerah 2009.



Menurut Encik Sumathi, anaknya amat menggemari bola sepak dan aktif dalam Kegiatan Ko-kurikular (CCA) bola sepak sejak di sekolah rendah.



"Tapi sebelum ini dia tidak pernah mengalami kecederaan yang serius semasa bermain bola sepak," ujarnya.



Menjawab pertanyaan akhbar ini menerusi e-mel semalam, pengetua GMS(S), Encik Wee Tat Chuen, menyifatkan Allahyarham sebagai pelajar yang aktif dan peramah yang mencintai sukan bola sepak.



"Kami amat bersedih dengan tragedi ini. Pihak sekolah sedang berhubungan dengan keluarga pelajar ini dan turut menawarkan sokongan yang diperlukan bagi pelajar serta kakitangan yang terjejas.



"Padang sekolah juga ditutup untuk membantu dengan siasatan polis," kata Encik Wee.



Jenazah Allahyarham dijangka dituntut keluarganya daripada rumah mayat di Hospital Besar Singapura (SGH) pagi ini sebelum dibawa ke rumah ibu saudaranya di Blok 410 Eunos Road 5 dan dikebumikan di Pusara Aman selepas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >