SEKOLAH-SEKOLAH di Singapura akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan jerebu bertambah teruk.
Sekolah-sekolah juga telah membuat persediaan supaya semua pelajar yang mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) hari ini dalam ruang tertutup yang disediakan pembersih udara, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.