Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar asing langgar bon mungkin dilarang kerja atau tinggal di Singapura

Aug 16, 2016 | 10:29 AM



PELAJAR asing yang sengaja tidak memenuhi tanggungjawab bon biasiswa mereka mungkin dilarang bekerja atau menetap di Singapura, kata Setiausaha Parlimen (Pendidikan), Cik Low Yen Ling, pada Isnin (15 Ogos).



Beliau juga memberitahu Parlimen kira-kira 1 peratus daripada mereka gagal memenuhi tanggungjawab itu, dan Kementerian Pendidikan (MOE) sedang menghubungi 4 peratus pelajar lain untuk memeriksa apakah mereka dapat memenuhi tanggungjawab bon mereka.



Baki 95 peratus memenuhi bon mereka atau memohon penangguhan bagi melanjutkan pengajian, manakala segelintir tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka kerana sebab-sebab seperti sakit, ujarnya.



Mereka yang tidak berniat memenuhi bon mereka akan dipastikan membayar ganti rugi.



"Beberapa orang telah mula membayar balik wang itu dan kami akan terus mengejar yang lain bagi mendapatkan semula wang biasiswa itu," tambah Cik Low.



"Sekiranya mereka tidak membayar ganti rugi jumlah tertentu, mereka tidak akan dapat datang ke Singapura untuk bekerja atau tinggal."



Cik Low berkata demikian ketika menjawab Encik Png Eng Huat (Hougang), yang bertanya, antara lain, jumlah yang MOE telah mendapatkan semula daripada pelajar antarabangsa yang melanggar bon, bilangan penerima biasiswa yang dianggap tidak dapat dihubungi, tempoh yang diambil untuk mendapatkan semula wang biasiswa dan jumlah yang dianggap hangus.



Cik Low juga berkata, ketika menjawab soalan Encik Cedric Foo (Pioneer), keutamaan MOE ialah bakat Singapura, dan kebanyakan biasiswa diberi kepada warga tempatan.



Memberi gambaran lebih besar, beliau berkata biasiswa antarabangsa menambah kepada kepelbagaian kehidupan kampus, yang menawarkan "peluang kepada pelajar Singapura untuk membangunkan pendedahan kemahiran silang budaya dan kesedaran global".



Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) dalam laporan tahunan terbarunya mendapati kawalan tidak mencukupi untuk memastikan pinjaman belum dibayar didapatkan semula dengan segera.



Pinjaman itu ditadbir oleh bank tetapi wangnya daripada MOE.



Pinjaman belum dibayar bekas pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjumlah sekitar $228.040 juta pada 30 Jun tahun lalu.



Apabila ditambah pinjaman institusi pengajian tinggi lain, jumlah itu melonjak kepada $511.49 juta.



Namun, hanya 1.4 peratus daripada jumlah itu tidak dibayar dan dianggap tidak boleh didapatkan semula, kata Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, kepada Dewan pada Isnin.



Kadar itu tidak tinggi, katanya, sambil menyatakan ia kira-kira 40 peratus di Britain dan 10 hingga 20 peratus di Amerika Syarikat.



"Penghapusan pinjaman ditimbang hanya sebagai langkah terakhir apabila bank telah habis segala cara dan segala usaha untuk mendapatkan semula wang itu," kata Encik Ong dalam jawapannya kepada Cik Denise Phua (Jalan Besar GRC).



Beliau juga berkata akses kepada pinjaman pelajar itu "sengaja dijadikan mudah bagi membantu seramai ramai pelajar yang mungkin".



"Ini tidak pernah dimaksudkan menjadi satu operasi komersial, tetapi sebahagian daripada dasar kita untuk membantu pelajar dalam pendidikan mereka, dan ia juga memenuhi matlamat sosial," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >