SEORANG remaja lelaki menerima empat jahitan bagi luka melecet di bawah kelopak mata kirinya akibat ditumbuk rakan sedarjahnya.
Adam (bukan nama sebenar), 14 tahun, dikatakan sedang duduk di meja sewaktu kelas Sastera sekitar 12 tengah hari Isnin lalu apabila berasa kepalanya diketuk menggunakan buku jari.