Pelajar dan bekas pelajar Bartley sumbang kepada mangsa gempa Nepal

BERITA gempa bumi yang melanda Nepal baru-baru ini telah mengejutkan dunia, lebih-lebih lagi dengan angka korban kini terus meningkat.

Namun, ternyata ia lebih mengejutkan bagi Sekolah Menengah Bartley yang mempunyai ramai pelajar dari Nepal.

Ini kerana sekolah tersebut terletak dekat dengan Kem Kontinjen Gurkha, di Mount Vernon Road.

Pengetua sekolah itu, Encik Azhar Terimo, berkata pihaknya terus menghubungi pelajar Nepal itu menyusuli gempa tersebut untuk mengetahui keadaan mereka, kerana pelajar itu mungkin mempunyai keluarga dan teman di Nepal yang terjejas dek bencana itu.

"Beberapa pelajar kami tampil memulakan usaha mengutip derma bagi menyumbang kepada usaha membantu mangsa gempa bumi itu. Pelajar, kakitangan, ibu bapa dan vendor kantin menyumbang dengan besar hati kepada usaha ini," ujarnya.

Sekumpulan bekas pelajar sekolah itu, yang membentuk Old Bartleyans' Association (OBA), turut menyumbang.

Usaha bersama yang dijalankan kededua pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Bartley itu berjaya mengumpulkan lebih $20,000.

Cek sumbangan itu diserahkan telah kepada Palang Merah Singapura (SRC) di Red Cross House di Penang Lane petang tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.