PEMIMPIN pelajar di Maktab Rendah Pioneer (PJC), Encik Hairul Nafiz Mohammad Zaid, menghargai dan menikmati keamanan dan keharmonian menetap di Singapura.
Bagaimanapun, remaja berusia 18 tahun ini enggan mengambil ringan isu perpaduan kaum yang boleh terjejas dengan komen yang mudah sahaja dilontar menerusi media sosial sehingga menjejas sensitiviti kaum.