Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pelajar ITE boleh ambil lebih masa tamatkan kursus bawah kurikulum baru: Maliki

ITE
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang menghadapi kesukaran di bawah kurikulum baru yang lebih pendek boleh memilih untuk mengambil lebih masa bagi menamatkan kursus mereka, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



ITE juga akan mengenal pasti pelajar yang memerlukan lebih banyak sokongan lebih awal berdasarkan tahap penyertaan dan penglibatan dalam kelas, serta prestasi penilaian, tambahnya.



"Setelah pelajar ini dikenal pasti, ITE akan menyediakan mereka dengan sokongan khusus yang diberikan tepat pada waktunya.



"Pensyarah ITE akan menyediakan mereka rangka pembelajaran yang sesuai, bimbingan tambahan serta bentuk sokongan sosial dan aspek lain," kata Dr Maliki.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam untuk menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) mengenai cara Kementerian Pendidikan (MOE) akan membantu pelajar yang menghadapi kesukaran untuk melalui kurikulum baru ITE selama tiga tahun bagi kursus Nitec Lanjutan.



Beliau juga bertanya mengenai rancangan MOE untuk memberi sokongan dan bimbingan akademik kepada pelajar.



Pada April lalu, MOE berkata laluan pendidikan bagi pelajar ITE ke arah pensijilan lanjutan akan dikurangkan dari empat tahun ke tiga tiga mulai tahun depan, dengan 16 kursus.



Pelajar akan terus ke kursus Nitec Lanjutan di bawah struktur kurikulum baru dan akan tamat dalam masa tiga tahun.



Buat masa ini, kursus tersebut mengambil masa empat tahun - dua tahun di Nitec, dan dua tahun lagi di Nitec Lanjutan.



Sekitar 2,000 pelajar dijangka mendaftar dalam 16 kursus itu tahun depan.



MOE juga berkata 80 peratus daripada semua kursus yang ditawarkan oleh ITE dijangka akan beralih ke rangka Nitec Lanjutan tiga tahun yang baru pada tahun 2024, dan semua kursus akan beralih ke rangka itu menjelang 2026.



Langkah itu adalah sebahagian daripada semakan berterusan bagi ITE dan pendidikan politeknik yang dipimpin oleh Dr Maliki bermula pada Januari tahun ini.



Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Ehwal Luar, berkata ITE akan meningkatkan latihan industri serta mutunya.



Menurut beliau, walaupun dengan usaha terbaik oleh ITE, mungkin masih ada sebilangan pelajar yang tidak dapat menamatkan kursus tiga tahun itu.



"ITE akan mendorong pelajar ini untuk menyertai latihan industri kedua pada tahun ketiga untuk memperdalam pembelajaran di tempat kerja," katanya.



Bagi pelajar yang ingin meninggalkan ITE sebelum menamatkan sijil Nitec Lanjutan mereka, Dr Maliki berkata mereka masih dapat meninggalkan sekolah dengan kelayakan Nitec, serta transkrip modul yang mereka lengkapkan, dengan tujuan agar mereka kembali mendapatkan pensijilan lebih tinggi itu di kemudian hari.



"ITE juga akan menyediakan sokongan penempatan pekerjaan untuk membantu mereka melakukan peralihan ke tempat kerja, serta pendidikan dan bimbingan kerjaya yang disesuaikan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >