SEMASA Tahun Baru Cina yang lepas pada awal tahun ini, sekumpulan pelajar madrasah berkesempatan mengunjungi dan menyertai sambutan perayaan masyarakat Cina itu di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang (NYGH).
Semalam, pelajar dan guru sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) Cina itu pula membalas kunjungan ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sempena Hari Keharmonian Kaum juga.
Madrasah Aljunied menggabungkan dua perayaan itu dengan menganjurkan pelbagai kegiatan kebudayaan dan mengundang pelajar NYGH ke sekolah mereka yang terletak di Victoria Lane itu.
Sekitar 50 pelajar NYGH berpeluang menyertai pelbagai permainan budaya dan kegiatan lain sambil menjamu hidangan Hari Raya.
Dua pelajar NYGH turut memberi persembahan khas erhu, sebuah alat muzik tradisional Cina.
Program yang berjalan selama satu jam setengah itu memuatkan beberapa acara yang bertujuan membantu pelajar NYGH memahami amalan budaya orang Islam pada musim Hari Raya Aidilfitri.
Antara lain, pelajar Madrasah Aljunied memberi persembahan nasyid dan dikir barat.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

Pelajar NYGH pula berpeluang merasa kuih-muih Hari Raya serta mencuba pakaian tradisional orang Melayu seperti baju kurung.
Hari Keharmonian Kaum mengingatkan pelajar supaya menghargai nilai keharmonian kaum dan persefahaman dalam masyarakat berbilang budaya di Singapura.
HARI KEHARMONIAN KAUM
- Hari Keharmonian Kaum ialah acara tahunan bagi memperingati rusuhan kaum pada 1964.
- Diraikan di sekolah bagi mendidik pelajar tentang peri pentingnya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Singapura.
- Dilancarkan pada 1997 sebagai sebahagian daripada program Pendidikan Nasional kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) untuk sekolah.
- Sambutan Hari Keharmonian Kaum turut dianjurkan pertubuhan akar umbi dan masyarakat.
- Rusuhan kaum berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina pada 21 Julai 1964 sewaktu perarakan sambutan Maulud Nabi.
- Keganasan menyusuli rusuhan itu berpanjangan selama lima hari, mengakibatkan 22 orang terbunuh dan lebih 450 orang cedera.