Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar madrasah dalam kes serangan 'tenang', dilawati Chuan-Jin dan Fatimah

Apr 06, 2016 | 07:48 AM



TIGA pelajar madrasah perempuan yang didakwa diserang minggu lalu "sangat stabil dan tenang", kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, dalam post Facebook beliau pada Selasa (5 Apr).



Beliau melawat tiga pelajar dan kakitangan di Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah itu pada Selasa bersama Dr Fatimah Lateef, AP GRC Marine Parade.



Madrasah tersebut terletak dalam GRC itu.



Encik Tan berkata tiga pelajar itu "tersenyum apabila kami berbual-bual".



"Mereka memahami keadaan sekitar kejadian itu dan polis akan menyiasat dengan teliti. Kemungkinan akan dijalankan penilaian kesihatan mental juga," tulis Encik Tan, yang juga AP GRC Marine Parade.



"Kami menggalak pelajar perempuan itu bersuara dan mendekati guru mereka jika mereka memerlukan bantuan," katanya, sambil menambah bahawa pengurusan madrasah dan guru sangat memahami dan menyokong.



Seorang pegawai keselamatan, Koh Weng Onn, 48 tahun, dikatakan menyerang tiga pelajar berusia 14 hingga 16 itu dalam kejadian berasingan berhampiran stesen MRT Paya Lebar pada Jumaat lalu.



Koh ditangkap esoknya dan didakwa pada Isnin dalam apa yang dikatakan dokumen mahkamah sebagai tindakan yang "diburukkan oleh rasa perkauman".



Dalam pertuduhan pertama, Koh dituduh mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun dengan menendang paha kanannya di Paya Lebar Road.



Bagi tuduhan kedua, dia dikatakan mengayunkan beg plastik berisi air dalam botol 1.5 liter pada seorang budak perempuan berusia 14 tahun semasa beliau berjalan di laluan pejalan kaki.



Pertuduhan ketiga menuduh Koh mencederakan seorang budak perempuan lain berusia 14 tahun di eskalator stesen MRT Paya Lebar Circle Line.



Serangan itu mendorong pemerintah dan pemimpin masyarakat semua kaum menegaskan bahawa tindakan ganas bermotifkan perkauman tidak akan dibiarkan.



Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata: "Sebagai sebuah masyarakat, kita harus berdiri bersama-sama menentang segala bentuk keganasan terhadap orang tidak bersalah, terutama jika ia mungkin bersifat perkauman atau agama."



Koh kini ditahan reman untuk pemerhatian psikiatri sehingga sebutan semula kes itu pada 18 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >