Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar maut terjatuh di sekolah 'tidak ceburi sukan ekstrem'

Oct 23, 2015 | 08:55 AM



PELAJAR Sekolah Menengah Spectra yang meninggal dunia dipercayai setelah terjatuh ketika cuba melakukan lompatan parkour, tidak menceburi sukan ekstrem itu, menurut keluarganya.


Allahyarhamha Shina Adriana Hendricks dikatakan terjun dari koridor di tingkat empat ke tingkat tiga bangunan sekolah itu pada pagi Selasa (20 Okt), apabila beliau hilang imbangan dan jatuh ke tingkat bawah.


Pelajar menengah dua berumur 14 tahun itu dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat dan kemudian Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.


Jenazah beliau dikebumikan di Pusara Abadi pada Khamis petang. Turut ke kubur dari rumah mereka di Petir Road ialah ibu bapa, dua kakaknya berusia 22 dan 25 tahun, serta kakitangan sekolah.


Bapa Allahyarhamha, Encik James Hendricks, Serani sementara ibunya Melayu.


Encik Hendricks, 52 tahun, enggan bercakap mengenai kemalangan itu, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat.


Menurut akhbar itu, ibu saudara Allahyarhamha, Cik Sandra Ross, berkata keluarganya masih tidak pasti mengapa beliau melakukan lompatan tersebut, sambil menambah bahawa beliau tidak menceburi kegiatan fizikal seperti parkour.


Dalam parkour, pengamal pergi dari satu titik ke satu titik melalui cara paling cepat menggunakan gerakan seperti memanjat tembok dan melompat halangan.


"Dia tidak menceburi parkour," kata Cik Ross, 46 tahun, seorang pengurus kru kapal dalam industri marin.


"Kami tidak melihat dia melakukan sembarang aksi itu ketika dia bersama kami. Dia bukan seorang yang fizikal. Malah, dia tidak bermain rollerblade."


Spectra, di Woodlands, ialah sebuah sekolah khusus bagi pelajar Normal (Teknikal).


Polis sedang menyiasat kematian Alahyarhamha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >