RAMAI yang beranggapan bahawa pelajar yang mengikuti Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) selalunya akan menjadi guru bahasa Melayu.
Inilah salah tanggapan kebanyakan pelajar, menurut pemegang biasiswa MLEP, Encik Muhammad Syakir Moharum, 18 tahun, yang mengikuti program tersebut di Maktab Rendah Pioneer.