OSTEOARTRITIS, demensia dan tekanan darah tinggi merupakan antara isu yang dibincangkan sekumpulan pelajar perubatan Universiti Nasional Singapura (NUS) di pelbagai poliklinik SingHealth sebagai sebahagian program latihan mereka yang berlangsung selama dua minggu.
Dianjurkan SingHealth Polyclinics (SHP), pelajar tahun ketiga daripada Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS itu dilatih menyampaikan ceramah kesihatan awam di poliklinik sebagai sebahagian komponen perubatan keluarga.