SEBANYAK 340 teh susu Thai diberikan secara percuma kepada pelajar pengajian filem dan media di Politeknik Ngee Ann di atas kejayaan mereka memenangi satu pertandingan dalam kempen menabung wang.
Itulah antara inisiatif yang diadakan oleh kumpulan pelajar tahun akhir Politeknik Ngee Ann jurusan Pengiklanan dan Perhubungan Awam yang berusaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menyimpan wang.