Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERTANDINGAN KEMAHIRAN 2017 DI ABU DHABI

Pelajar Poly Republic wakili S'pura dalam peraduan masak

Aug 15, 2017 | 05:30 AM



MINAT Encik Muhammad Danial Suboh dalam memasak bermula sewaktu beliau berumur 15 tahun.



Ada kalanya, beliau menolong ibunya memasak di dapur, selain beliau sering menonton rancangan memasak di televisyen.



Tetapi, pelajar Politeknik Republic itu tidak menjangka bahawa satu hari kelak, beliau akan mewakili Singapura dalam pertandingan memasak.



Namun, itulah yang berlaku - Oktober ini beliau akan mewakili Singapura dalam kategori memasak dalam pertandingan WorldSkills International 2017 di Abu Dhabi.



Pertandingan WorldSkills International diadakan dua tahun sekali. Ia acara pendidikan vokasional terbesar dan mempamerkan kecemerlangan kemahiran seluruh dunia yang mencerminkan industri global.



"Saya rasa berbesar hati dan tidak sabar mewakili Singapura buat pertama kali. Saya berharap dapat membanggakan Singapura kerana sejak kebelakangan ini, industri masakan Singapura berada pada prestasi yang baik dan saya harap saya dapat menyambungkan prestasi baik ini," kata Encik Muhammad Danial, 20 tahun, yang memulakan persiapan bagi pertandingan itu September tahun lalu.



Menurut Encik Muhammad Danial, sebelum mengambil peperiksaan GCE 'O' empat tahun lalu, beliau tidak pasti bidang yang ingin didalaminya.



Selepas peperiksaan itu pada 2014, beliau memasuki Politeknik Republic dan mengikuti kursus diploma bidang restoran dan operasi kulinari (DRCO).



Tahun lalu, beliau dipilih Politeknik Republic bagi menyertai pertandingan WorldSkills Singapore 2016 dalam kategori memasak.



Peserta dalam pertandingan tersebut terdiri daripada beberapa institusi yang mempunyai kursus bidang memasak, seperti Politeknik Temasek, Politeknik Nanyang, Politeknik Republic, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (Shatec).



Bagi persediaan pertandingan WorldSkills Singapore 2016, beliau berlatih selama tujuh bulan.



Dalam pertandingan itu, Encik Muhammad Danial menghasilkan satu resepi cendawan bakar yang dimasak dengan daging lembu bersama dengan keledek dan sayur-sayuran.



Resepi yang dihasilkan beliau itu dimasukkan ke dalam buku masak edisi terhad Great Food, Great Health: 25 Recipes for Happy Living (Makanan Hebat, Kesihatan Hebat: 25 Resipi bagi Kehidupan Gembira) yang diberi kepada tetamu bagi acara hari industri Sekolah Hospitaliti (SOH) di Politeknik Republic pada 11 Ogos lalu.



"Bagi pertandingan memasak, juri melihat bukan pada hasil masakan sahaja, bahkan plating, iaitu susunan dan dan stail makanan yang diletak pada pinggan, cara memotong bahan-bahan, tekstur makanan.



"Selain itu, mereka melihat cara kita menyusun bahan-bahan, peraturan menjaga kebersihan dan kebersihan kawasan memasak," kata beliau.



Menurut Encik Muhammad Danial, segala kerja keras yang diusahakan dalam tempoh latihan berbaloi.



Beliau menang tempat pertama, sekali gus terpilih mewakili Singapura dalam pertandingan WorldSkills International 2017 di Abu Dhabi.



"Saya berasa terkejut dan tidak sangka memenangi tempat pertama bagi peraduan tersebut," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >