Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar posmenengah jadi radikal sendiri ditahan bawah ISA

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



  • Muhammad Irfan rancang mula pemerintahan khalifah Islam di Pulau Coney

  • Rancang serang Kem Amoy Quee, Keramat Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh

SEORANG remaja berusia 18 tahun yang menjadi radikal sendiri dan merancang mengebom Keramat Habib Noh dan kem tentera Amoy Quee telah diberkas Disember lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, seorang pelajar posmenengah, juga merancang menikam dan membunuh orang awam, termasuk orang yang beragama Islam di lorong-lorong gelap, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataannya semalam.



Irfan Danyal, yang ingin memulakan pemerintahan khalifah di Pulau Coney bernama Negara Islam Singahafura, juga berhasrat merekrut 100-500 pejuang setempat untuk melaksanakan serangan-serangan itu.



Menurut ISD, dia telah mencacakkan bendera yang dibuatnya sendiri - serupa dengan bendera yang digunakan oleh kumpulan pengganas Hayat Tahrir al-Sham dari Syria yang berhubungan dengan Al-Qaeda - di Pulau Coney, pada Hari Kebangsaan Singapura tahun lalu.



Dia juga merancang mengambil video dirinya melakukan bai'ah atau ikrar taat setia di Pulau Coney pada hujung minggu 12-13 November tahun lalu dengan memakai seragam NCC dan mengangkat senapang mainan.



Bercakap kepada media semasa di Masjid Khalid semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K.Shanmugam, berkata Irfan diberkas empat hari sebelum dia dapat melaksanakan hasrat itu.



"Ia agak tidak masuk akal, tapi sebahagian rancangannya agak serius.



"Kami memberkasnya empat hari sebelum dia laksanakan rancangan (rakaman) ini, kerana dia juga fikir untuk lakukan tiga rancangan serangan.



"Pertama serbu dan menikam serta membunuh golongan "yang tidak percaya" dan katanya golongan bukan Muslim, Muslim Syiah dan Sufi yang dianggap golongan "yang tidak percaya".



"Kedua dia juga ingin merekrut seorang pengebom nekad untuk serangan di Kem Amoy Quee, kerana dia biasa dengan susun atur kem itu.



"Ketiga dia ingin mengebom Keramat Habib Noh yang terletak di Masjid Haji Muhammad Salleh kerana dia menganggap tapak kubur itu "bukan Islam" kerana ia dihiasi dan tidak terletak di tanah," katanya.



Menurut Encik Shanmugam sekiranya Irfan laksanakan semua rancangannya itu terutama serangan menggunakan pisau dan meletupkan bom, kesannya pasti teruk.



Pastinya akan ada kehilangan jiwa, hilang kepercayaan dan timbul permusuhan di kalangan masyarakat kita, tambah Encik Shanmugam.



Dalam kenyataannya, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata Irfan mula menjadi radikal sendiri pada 2020 selepas menonton video-video YouTube oleh pendakwah asing yang radikal, Zakir Naik.



Selepas menonton semua video tersebut, Irfan menonton pula video YouTube pendakwah radikal asing lain seperti Ahmed Deedat.



Dia juga menyertai perbincangan dalam media sosial di mana dia terdedah kepada propaganda ISIS.



Lama kelamaan dia menanam minat terhadap ISIS dan memuji pejuang mujahidin dalam video-video berkaitan jihad.



Lewat 2021, dia mula mengambil foto dirinya sendiri memakai pelitup ski, dengan mengangkat jari telunjuknya mirip pejuang ISIS.




RANCANGAN MUHAMMAD IRFAN



BERIKUT antara rancangan serangan Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, yang ditahan Disember lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



  • Tikam dan membunuh golongan "yang tidak percaya" dengan membuat serbuan ke atas mereka di lorong-lorong gelap, dan mengambil barangan peribadi mereka sebagai harta rampasan perang bagi tentera ISISnya.

  • Lancar serangan sehingga menyebabkan korban yang ramai ke atas Kem Amoy Quee, di mana Ibu Pejabat NCC ditempatkan.

  • Dia ingin merekrut seorang pengebom nekad yang akan lancarkan serangan nekad pengeboman kereta di pintu jeriji Kem Amoy Quee. Kemudian Irfan merancang pimpin tentera ISISnya untuk serang baki pengawal di pintu jeriji menggunakan senjata seperti kapak dan pisau, lalu mencuri senjata daripada pondok pengawal di kem itu.

  • Serangan bom di Keramat Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh yang dianggapnya "tidak ikut ajaran Islam".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >