Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar sekolah menengah Westwood diberi tindakan disiplin, kaunseling, selepas video pergaduhan dalam bilik darjah jadi tular

Feb 18, 2018 | 08:00 PM



SEBUAH video yang menunjukkan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Westwood memukul, menendang dan mencampak kerusi ke arah seorang rakan sedarjah, telah menjadi tular di laman sosial media, menurut satu laporan Straits Times (ST)

Menjawab pertanyaan ST semalam, pengetua sekolah tersebut, Encik Abdul Harris Sumardi berkata beliau menyedari tentang kejadian yang berlaku pada 9 Februari lalu.

Enam pelajar menengah tiga, termasuk mangsa, telah dinasihatkan, kata Encik Abdul Harris sambil menambah bahawa sekolahnya juga telah mengambil langkah-langkah disiplin yang sesuai untuk pelajar terbabit.

“Kami juga sedang bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk membantu pelajar terbabit belajar dalam kejadian tersebut,” ujarnya lagi.

Dalam rakaman video yang dimuatnaik ke akaun Facebook Fabrications About Singapura Khamis lalu (15 Februari), seorang pelajar  kedengaran mendesak rakannya untuk memukul mangsa sebagai “satu pengajaran”.

Dua pelajar juga dapat dilihat mencampak kerusi ke arah mangsa yang sedang duduk sambil menggunakan telefon bimbitnya di mejanya.

Mangsa hanya berganjak apabila salah sebuah kerusi itu terkena kepalanya.

Salah seorang pelajar lalu mula menampar mangsa sebelum memukul dan menendangnya hingga mangsa jatuh ke lantai.

Sehingga semalam, rakaman video itu mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi sebanyak 3,580 kali dan mengundang lebih dari 700 komen di Facebook.

Ramai di kalangan netizen terkejut dengan kejadian tersebut dan meluahkan perasaan marah mereka terhadap tingkah laku pelajar terbabit. Sementara itu, ada juga yang berasa simpati dengan mangsa.

Berita Harian telah menghubungi Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >