Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Sekolah Rendah Telok Kurau diajar legasi mendiang Lee

Mar 24, 2015 | 06:26 PM



SEORANG lelaki yang memenuhi janji, seseorang yang memainkan peranan utama dalam menjadikan Singapura sebuah negara yang bersih dan menghijau, seorang bapa penyayang dan suami.


Sekitar 1,300 pelajar dari Sekolah Rendah Telok Kurau diajar tentang kehidupan dan pusaka mendiang Encik Lee Kuan Yew semasa satu pertunjukan slaid selama sejam.


Perdana Menteri pertama Singapura itu sendiri menghadiri Sekolah Rendah Telok Kurau itu pada 1930.


Awal tadi para guru menyampaikan kisah janji yang dibuat mendiang Encik Lee dan bagaimana beliau memenuhinya.


Seperti contoh selepas api memusnahkan Bukit Ho Swee pada 1961, beliau memberitahu para penduduk yang ketika itu bersedih bahawa dalam tempoh sembilan bulan mereka akan mendapat flat-flat baru untuk tinggal.


Bersama pasukan pemimpin perintisnya yang lain beliau memenuhi janjinya itu.


"Beliau seorang lelaki yang mengotakan janjimua.," kata guru Bahasa Melayu dan penyelaras bahasa nasional di sekolah itu, Cik Marliana Rashid.


Para pelajar juga diberitahu tentang bagaimana Encik Lee memainkan peranan utama dalam mendorong pertumbuhan ekonomi dan memastikan pekerjaan disediakan.


Para pengetua di sekolah-sekolah merata negara turut menyampaikan taklimat mengenai mendiang Encik Lee di perhimpunan sekolah masing-masing.


Pengetua Sekolah Rendah Telok Kurau Cik Charis Wong berkata:


"Orang ramai sering berkata yang mendiang Encik Lee Kuan Yew mempunyai empat orang anak.


"Singapura merupakan anak keempatnya dan mendiang sering bualkan dan fikirkan tentang 'anaknya' itu.


"Mendiang Encik Lee mempunyai impian, dan beliau bekerja keras untuk mengecapinya.


"Anda boleh mencapai impian anda itu sekiranya anda bekerja keras juga."


Kanak-kanak itu kemudian membacakan penghormatan mereka terhadap mendiang Encik Lee yang ditulis mereka di atas kad-kad berbentuk jantung.


Ada pula yang melipat bunga origami yang akan dikumpul menjadi jambangan dan dihantar ke bangunan Parlimen apabila para pelajar dan guru memberikan penghormata terakhir mereka di sana.


Sebagai tanda penghormatan bendera di kesemua sekolah dikibarkan separuh tiang.


Ramai juga yang memberikan penghormatan selama seminit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >