SEDANG para pelajar lain sibuk menikmati cuti sekolah mereka, sekumpulan pelajar yang diketuai oleh sukarelawan Kelab Mendaki telah ke Vietnam bagi ekspedisi pembelajaran selama lapan hari dari 8 hingga 15 Disember lalu.
Seramai 24 peserta berusia 15 hingga 23 tahun dari Kelab Minda Muda Kelab Mendaki telah ke Hanoi dan Sapa, Vietnam, bagi ekspedisi keempat mereka sebagai sebahagian daripada Projek Masyarakat Luar Negara.