Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Singapura menang biasiswa $250,000 daripada yayasan biayaan Mark Zuckerberg

Dec 05, 2016 | 03:12 PM



SEBUAH video mengenai penolakan antibiotik membuat seorang pelajar Singapura, Deanna See, memenangi biasiswa bernilai $250,000 daripada sebuah yayasan yang dibiayai oleh pengasas Facebook, Encik Mark Zuckerberg.



Pelajar Raffles Institution berusia 17 tahun itu antara finalis Cabaran Breakthrough Junior, sebuah pertandingan video sains global yang menarik lebih 6,000 penyertaan dari 146 negara.



Cabaran tahunan itu, yang meminta pelajar menerangkan teori atau konsep mencabar dalam matematik, sains hayat atau fizik dengan sebuah video asal, menobatkan dua memenang tahun ini - See dan seorang pelajar Peru berusia 18 tahun, Antonella Masini.



Dalam klip lima minitnya - bertajuk 'Superbugs! And Our Race Terhadap Penolakan" - See menerangkan dengan jelas dan mudah penolakan antibiotik melalui kaedah menarik, menggunakan prop seperti patung Lego.



Video Masini memberi tumpuan pada kekusutan kuantum (quantum entanglement).



Mereka memenangi hadiah pendidikan bernilai hingga $400,000, dalam bentuk biasiswa $250,000, hadiah $50,000 bagi seorang guru yang memberi inspirasi kepada mereka dan makmal sains terkini bernilai $100,000.



Satu laporan oleh GeekWire berkata See memilih memberi hadiah $50,000 itu kepada guru biologi beliau, Cik Wong Seok Hui. Bagaimana oleh kerana Cik Wong seorang penjawat awam, beliau tidak boleh menerima hadiah itu dan akan memberinya kepada program biasiswa RI.



Hadiah makmal itu akan diderma kepada sekolah lama See, Sekolah Perempuan Raffles.



Hadiah dibiayai oleh Encik Zuckerberg dan isterinya, Dr Priscilla Chan, serta ahli fizik Russia, Yuri Milner isterinya Julia melalui Yayasan Hadiah Breakthrough.



Mengenai Cabaran itu, Dr Chan berkata: "ia menggalak pelajar lebih memahami dunia sains dan matematik dan berseronok sepanjang jalan.



"Kedua-duanya, Antonella dan Deanna, mempunyai masa depan cerah dalam bidang sains dan saya begitu teruja memberi penghormatan kepada kerja mereka.



"Mereka juga tukang cerita luar biasa dan keupayaan mereka menangkap idea kompleks dengan cara mudah dan menarik benar-benar memberi inspirasi.



"Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka akan mengubah dunia.".



Ditubuhkan pada 2012 oleh pasangan Zuckerbergs, Milners serta pengasas bersama Google, Sergey Brin, dan bekas isterinya, Anne Wojcicki, yayasan itu juga mengeluarkan Hadiah Breakthrough tahunan.



Anugerah itu mengiktiraf saintis terkemuka di dunia, dengan memberi hadiah bernilai $3 juta (hingga maksimum lapan setiap tahun) dalam bidang sains hayat, fizik asas dan matematik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >