Pelajar Spectra maut selepas dipercayai terjatuh ketika bermain parkour di sekolah

PELAJAR Sekolah Menengah Spectra, Shina Adriana Hendricks, 14 tahun, dipercayai sedang bermain sukan parkour apabila dia terjatuh sebelum meninggal dunia pagi semalam.

Shina dikatakan cuba melompat dari tingkat empat ke tingkat tiga bangunan sekolahnya itu apabila dia terlepas memegang belebas bangunan sebelum jatuh ke bumi, kata laporan akhbar berbahasa Cina Lianhe Wanbao hari ini.

Polis pula memberitahu akhbar The Straits Times siasatan masih dijalankan.

Pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan mengenai kejadian tersebut sekitar 9.30 pagi.

Shina dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat sebelum dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Namun remaja itu meninggal dunia.

Bapanya, Encik James Hendricks, 52 tahun, memberitahu wartawan di bilik mayat hospital bahawa anaknya ditemui di lantai konkrit dengan beberapa kecederaan.

Beliau kurang jelas bagaimana kejadian tersebut berlaku dan tidak mempunyai rancangan untuk mengambil tindakan terhadap sekolah tersebut kerana beliau percaya ia merupakan satu kemalangan.

Ibu dan dua kakaknya yang berusia 22 tahun dan 25 tahun juga hadir di bilik mayat tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.