WALAUPUN masih di bangku sekolah, Cik Surayya Shahri sudah dapat menerangkan serta membantu saudara-mara dan kenalannya mengira pembahagian harta pusaka mengikut faraid.
Ini tidak menghairankan kerana faraid antara mata pelajaran paling diminati pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu semasa mengikuti program Diploma Pengajian Islam madrasah tersebut tahun lalu.