Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pelakon Nick Mikhail mahu mengaku salah dalam kes e-rokok

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



PELAKON tempatan yang sudah bersara, Mikhail Abdul Razak, semalam menyatakan hasrat mahu mengaku bersalah berkaitan tuduhan yang dihadapinya membabitkan peranti e-rokok, yang dikatakan dalam dokumen mahkamah sebagai barangan yang menyerupai produk tembakau.



Dia, yang lebih dikenali sebagai Nick Mikhail dan pernah muncul dalam rancangan di saluran televisyen berbahasa Melayu, Suria, dijangka mengaku bersalah pada 9 Mac ini.



Semalam, seorang pendakwa raya Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan meneruskan tujuh tuduhan dan Mikhail akan didenda sebanyak $13,000.



Mikhail, 44 tahun, yang tidak diwakili peguam, memberitahu Hakim Daerah Lorraine Ho bahawa dia kini mempunyai $5,000 untuk membayar jumlah denda itu dan berhasrat mengumpul lebih banyak wang.



Dia didakwa menawarkan untuk menjual di Instagram dua set peranti e-rokok, direka bentuk menyerupai produk tembakau, pada 11 Ogos 2019.



Dia dikatakan melakukan kesalahan serupa pada bulan-bulan berikutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >