Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon Tony Eusoff didakwa di mahkamah S'pura miliki dadah

Apr 01, 2016 | 05:30 AM



PELAKON Malaysia, Tony Eusoff, diheret ke mahkamah di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah.



Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi Berita Harian, Tony, 38 tahun, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



Kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa dia memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.



Dia didakwa memiliki dadah itu semasa di dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.



Akhbar ini difahamkan bahawa pelakon kelahiran Sarawak itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.



Malah, dia juga telah memuat naik gambar yang dipercayai diambil semasa di lokasi penggambaran di Instagram beberapa hari lalu.



Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam muzikal P. Ramlee The Musical dan memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Saloma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.



Selain itu, Tony juga pernah berlakon dalam pelbagai filem di seberang Tambak termasuk Cinta, Akhirat, Sepi dan Susuk.



Pelakon yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang seni bina itu juga pernah menjayakan muzikal La Cage Aux Folles terbitan Wild Rice di sini empat tahun lalu.



Berita Harian turut menghubungi Encik Lee Thean-jeen, yang menurut laman LinkedIn ialah Pengarah Urusan Weiyu Films. Namun, Encik Lee enggan mengulas.



Usaha akhbar ini mendapatkan komen daripada Mediacorp juga tidak berhasil kerana e-mel yang dihantar kepada kakitangan syarikat itu tidak dijawab sehingga akhbar ini dicetak.



Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan.



Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali.



Kesnya akan didengar lagi di Mahkamah Negara pada 12 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >