Pelakon Tony Eusoff dijel lapan bulan kerana dadah

PELAKON Malaysia Tony Eusoff, yang nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan memiliki dadah di Singapura pada pagi Khamis (21 Apr).

Tony hadir di mahkamah bersama kira-kira 10 kawannya, termasuk rakan pelakon dari Malaysia, Jehan Miskin

Pelakon berusia 38 tahun itu didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Dia memiliki satu peket mengandungi tidak kurang 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja semasa berada di dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Berita Harian difahamkan pelakon kelahiran Sarawak itu berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush, yang difahamkan akan ditayangkan tidak lama lagi.

Menyusuli penangkapannya, Tony meminta maaf kepada keluarga, teman dan peminatnya melalui catatan di laman Facebook.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.