Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelaksanaan hukuman gantung Jabing Kho ditangguh pada saat-saat akhir

May 20, 2016 | 09:19 AM



PEGUAM yang juga ahli politik pembangkang, Cik Jeannette Chong-Aruldoss, berjaya pada lewat Khamis (19 Mei) dalam menangguhkan pelaksanaan hukuman mati ke atas Jabing Kho, yang dijadualkan digantung pada pagi Jumaat (20 Mei).



Terdahulu pada Khamis, beliau gagal mendapatkan penangguh di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Kannan Ramesh selepas berjam-jam berhujah di dalam kamar.



Namun, beliau diberi tarikh akhir 11 malam untuk memfailkan rayuan, dan beliau menepati syarat itu.



Ini bermakna Kho tidak boleh digantung hingga mahkamah tertinggi itu mendengar rayuan itu, yang dijadualkan pada pagi Jumaat.



Sebelum itu dalam sesi berasingan juga pada Khamis, Mahkamah Rayuan lima hakim sebulat suara menolak rayuan Kho agar dia dilepaskan daripada tali gantung bagi kesalahan membunuh seorang pekerja binaan pada 2008.



Kho, dari Sarawak, memukul seorang warga China, Encik Cao Ruyin, di kepala dengan dahan pokok ketika merompak beliau.



Mangsa, yang tengkoraknya berkecai, meninggal dunia di hospital enam hari kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >