Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Pelancaran mega' 12,000 flat pada separuh kedua Nov

Nov 12, 2015 | 01:40 PM



PELANCARAN terbesar flat setakat ini akan diadakan pada separuh kedua bulan ini, umum Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Khamis (12 Nov).


Kira-kira 12,000 flat baru - 7,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di enam bandar (Bidadari, Punggol Northshore, Bukit Batok, Chua Chu Kang, Hougang dan Sengkang) dan 5,000 unit di bawah Jualan Baki Flat - akan ditawarkan.


Menteri Pembangunan Negara ketika itu, Encik Khaw Boon Wan, kali pertama mengumumkan pada September bahawa 'pelancaran mega' itu akan menggabungkan dua pelancaran flat BTO yang asalnya dijadualkan dilancar pada September dan November.


Keputusan menangguhkan pelancaran September dibuat untuk membolehkan lebih ramai pembeli rumah mendapat manfaat daripada dasar perumahan baru yang diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau pada 23 Ogos, kata Encik Khaw.


HDB juga melanjutkan tempoh permohonan bagi 'pelancaran mega' itu daripada tujuh kepada 10 hari kalendar biasa, untuk memberi bakal pembeli lebih banyak masa menimbangkan pelbagai flat yang ditawarkan.


Ia menyeru orang ramai supaya tidak tergesa-gesa mengemukakan permohonan, kerana permohonan tidak diproses atas dasar yang dahulu didahulukan.


Semua maklumat mengenai BTO dan Penjualan Flat Baki akan disediakan di InfoWEB HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >