Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelancaran sistem isyarat baru Laluan Utara-Selatan ditangguh ke Q1 2017

Oct 26, 2016 | 11:36 AM



PELANCARAN sistem pengisyaratan dipertingkat di Laluan Utara-Selatan - yang akan membolehkan kereta api bergerak pada jarak waktu lebih pendek - akan ditangguhkan ke suku pertama tahun depan (2017).



Lebih banyak ujian diperlukan bagi sistem baru itu, yang akan membolehkan kereta api tiba pada jarak waktu 100 saat berbanding 120 saat sekarang, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (26 Okt).



Projek menaik taraf sistem itu bermula pada 2012 dan sebelum ini ia dijangka siap menjelang akhir tahun ini.



Dengan membenarkan kereta api bergerak lebih rapat, kapasiti penumpang di Laluan Utara-Selatan akan meningkat dan kesesakan dikurangkan.



LTA berkata sebagai langkah berjaga-jaga, ia akan "menumpukan lebih banyak masa untuk melakukan ujian lebih luas demi memastikan kebolehpercayaan sistem sebelum melancarkannya".



Laluan Utara-Selatan, bersama Laluan Timur-Barat, adalah rangkaian MRT tertua di Singapura. Kedua-duanya dilancar pada 1987 dan ini kali pertama sistem pengisyaratannya dipertingkat.



LTA berkata kerja memasang peralatan isyarat baru kereta api, landasan dan stesen Laluan Utara-Selatan telah selesai. Di Laluan Timur-Barat, ia lebih 80 peratus siap.



Bagi Laluan Utara-Selatan, ujian bermula pada Ogos dan, setakat ini, 93 peratus telah selesai.



Pihak berkuasa bersama pengendali SMRT menjangka melaksana lebih 1,300 ujian, termasuk memastikan pintu kereta api menjajar dengan tepat dengan pintu skrin platform apabila kereta api berhenti di stesen.



LTA juga berkata pada Rabu (26 Oktober) bahawa Sambungan Tuas West - segmen 7.5km dan empat stesen dari Laluan Timur-Barat MRT Joo Koon - akan dibuka pada suku kedua tahun depan.



Pihak berkuasa sebelum ini berharap dapat membuka seksyen baru itu pada akhir tahun ini, tetapi oleh kerana sambungan tersebut juga menggunakan sistem pengisyaratan baru itu, lebih banyak masa diperlukan untuk ujian.



LTA menjangka melancarkan sistem pengisyaratan baru di Laluan Timur-Barat pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >